VIDEO - Tak dapat duit ‘top up games’, budak naik angin tendang ibu


Tak dapat duit ‘top up games’, budak naik angin tendang ibu


"Tular dimedia sosial sebuah video berdurasi 18 saat itu memaparkan, seorang kanak-kanak lelaki memegang objek dipercayai parang, menendang punggung dan memukul ibunya beberapa kali ketika wanita itu sedang menyidai pakaian."


Baru-baru ini kita baru sahaja dikejutkan dengan kejadian seorang lelaki menetak ibu tirinya menggunakan parang sehingga terputus leher, dalam kejadian di Kampung Batu, Machang, Jerek, dekat Gua Musang, Kelantan


Dan pada minggu ini tular pula kes seorang bapa ditumbuk dan di tendang oleh anak tiri Kampung Ruat, Yan, Kedah gara-gara tidak mendapat wang untuk membeli dadah.


Kini kita dikejutkan pula dengan aksi biadab seorang anak menendang seorang wanita dipercayai ibu kandungnya.


Tular dimedia sosial sebuah video berdurasi 18 saat itu memaparkan, seorang kanak-kanak lelaki memegang objek dipercayai parang, menendang punggung dan memukul ibunya beberapa kali ketika wanita itu sedang menyidai pakaian.


Aksi itu berterusan sehingga ibunya siap menyidai dan kanak-kanak tersebut menendang punggung ibunya sekali lagi sehingga wanita itu masuk ke dalam kediaman mereka.


Kejadian itu ternyata membangkitkan kemarahan netizen, namun difahamkan ia berlaku di negara jiran, Thailand berdasarkan bahasa yang digunakan kanak-kanak tersebut.





Menurut Nezzar Skog, kejadian itu berpunca apabila permintaan kanak-kanak tersebut untuk mendapatkan wang tidak dituruti bagi membeli tambah nilai (top up) permainan video dan judi atas talian.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan budak terbabit yang disifatkan biadap dan kurang ajar.


Kredit : malaysianupdates.my


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!