"Tuhan tak mampu buatku miskin"- Sifu Trading



"Tuhan tak mampu buatku miskin"- Sifu Trading , Lelaki sombong berdepan hukuman penjara 20 tahun, harta benda disita


"Hal itu tidak bakal terjadi kerana setiap kali aku sombong, lalu Tuhan mau menjadikan aku miskin tiba-tiba aku jadi baik aku bersedekah bantuin orang...nah bingung. Kemudian Tuhan kasi lagi aku rezeki ditambah lagi kemudian aku sombong lagi pamer lagi harta-harta ku lalu aku ulang lagi bersedekah bantu orang... Jadi Tuhan juga bingung mau ambil keputusan untuk miskinkan aku" katanya



Seorang influencer terkenal di Indonesia Indra Kenz yang juga merupakan sifu trading Binomo mengeluarkan kata-kata yang sombong sehingga mencabar kekuasaan Tuhan. 


Hal tersebut kerana dia menyangka bahawa amat mustahil bagi dirinya untuk jatuh miskin kerana memiliki harta yang serba mewah hasil daripada mengajar orang ramai trading menggunakan platform Binomo selain daripada beberapa perusahaan yang lain.


Kata-katanya itu membuatkan rata-rata netizen marah kerana dianggap keterlaluan. Ianya bermula daripada komen salah seorang daripada netizen di laman sosial medianya kerana Indra Kenz ini sering upload content mengenai harta bendanya. 


"Bagaimana sekiranya nanti Tuhan tarik nikmatnya semula" komen salah seorang netizen di ruangan komen.


Kemudian Indra Kenz membalasnya dengan kata-kata yang penuh dengan kesombongan


"Hal itu tidak bakal terjadi kerana setiap kali aku sombong, lalu Tuhan mau menjadikan aku miskin tiba-tiba aku jadi baik aku bersedekah bantu orang...nah bingung. Kemudian Tuhan kasi lagi aku rezeki ditambah lagi kemudian aku sombong lagi pamer lagi harta-harta ku lalu aku ulang lagi bersedekah bantu orang... Jadi Tuhan juga bingung mau ambil keputusan untuk miskinkan aku" katanya.



Kenyataan itu mendapat kecaman hebat dalam kalangan netizen sehingga ada yang berdoa semoga ditunjukkan balasan bagi orang-orang yang sombong.


Tidak lama kemudian, Indra Kenz ditahan kerana terlibat dalam skim penipuan sifu trading Binomo, perjudian dan beberapa kes yang bersangkutan. Segala harta bendanya disita oleh pihak kerajaan dan Indra Kenz berdepan hukuman penjara 20 tahun. 



Semoga menjadi pengajaran bagi kita semua yang membaca artikel ini, sebesar apa pun yang Allah kurniakan kepada kita jangan sesekali menyombongkan diri. Sedangkan Qorun pun Allah boleh binasakan apa lagi kita yang punya harta yang tak seberapa. 


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!