30 rumah rosak dilanda ribut


30 rumah rosak dilanda ribut

TAMPIN – Kira-kira 30 rumah membabitkan lebih 130 penduduk di Felda Jelai 1 hingga 4 dekat Gemas, di sini mengalami kerosakan akibat hujan lebat dan ribut, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang berkenaan mengakibatkan bumbung rumah diterbangkan angin selain terdapat kenderaan dihempap pokok.


Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Mohd. Farid Abu Bakar, setakat ini tiada kecederaan dilaporkan namun hanya empat orang daripada satu keluarga ditempatkan di Kuarters Felda Jelai 1 selepas rumah mereka rosak teruk.

“Penduduk yang terjejas ada yang menumpang di rumah saudara mara untuk sementara waktu dan ada yang tidak berpindah kerana kerosakan dialami tidak teruk,” katanya semalam.


Untuk rekod, kejadian ribut baru pertama kali berlaku di felda berkenaan tahun ini, namun, lokasi berkenaan merupakan lokasi yang kerap berlakunya ribut setiap tahun.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!