Lelaki warga emas rentung kereta terbakar


Lelaki warga emas rentung kereta terbakar

Berdasarkan laporan awal katanya, kereta tersebut dipercayai terbabas lalu melanggar pokok sebelum terbakar.

MIRI: Seorang lelaki warga emas ditemui rentung selepas kereta yang dipandunya terbabit kemalangan sebelum terbakar di Jalan Miri-Bintulu berhampiran Taman Awam Miri, malam semalam.

Maklumat Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.50 malam.

Katanya, mayat mangsa dikenali sebagai Tan Kaw Tee, 61, ditemukan selepas pemadaman dibuat.




"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," ujarnya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan laporan awal katanya, kereta tersebut dipercayai terbabas lalu melanggar pokok sebelum terbakar.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!