Pesakit strok rentung dalam kebakaran

Pesakit strok rentung dalam kebakaran

"Mangsa tinggal berseorangan dan difahamkan sebagai pesakit strok," katanya.

PENAMPANG - Seorang pesakit strok warga emas ditemukan rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Babagon di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mayat Liew Ah Ngou, 68, ditemukan di bilik tidurnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Zeno Tinggalan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.07 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari BBP Penampang dengan dibantu BBP Kota Kinabalu dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 11.3 kilometer.

"Kejadian melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal terbakar sebanyak 95 peratus dan semasa pasukan bomba tiba, didapati tiada laluan untuk jentera bomba masuk ke lokasi.

"Pasukan bomba bergegas ke lokasi dengan berjalan kaki melalui jambatan gantung bagi menyeberang sungai untuk tiba ke lokasi dan kerja memadamkan kebakaran segera dilakukan," katanya

Katanya lagi, hasil pemeriksaan berjaya menemui seorang mangsa rentung dalam kejadian itu.

"Mangsa tinggal berseorangan dan difahamkan sebagai pesakit strok," katanya.

Tambah beliau lagi, operasi kemudian ditamatkan pada jam 11. 30 pagi.





@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!