Kes pengawal keselamatan parah dipukul dirujuk semula selepas mangsa meninggal


Kes pengawal keselamatan parah dipukul dirujuk semula selepas mangsa meninggal

Ipoh: Polis mengesahkan video tular sejak kelmarin yang memaparkan pengawal keselamatan diserang seorang lelaki hingga parah di sebuah kondominium, di sini, berlaku tahun lalu dan suspek sudah didakwa.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata, suspek didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada 6 Januari mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan, iaitu mendatangkan kecederaan parah atas bangkitan marah.






Beliau berkata, kejadian berlaku pada 29 Disember tahun ketika mangsa sedang bertugas di kolam renang kondominium berkenaan.


Katanya, kejadian berpunca daripada tindakan suspek yang tidak berpuas hati terhadap mangsa kerana cuba menghalang anaknya daripada menggunakan kolam renang yang ditutup kepada orang ramai ketika itu.


"Mangsa yang pengsan dan cedera di bahagian belakang kepala dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan.


"Kertas siasatan kes kemudian dirujuk ke pejabat timbalan pendakwa raya pada 5 Januari lalu dan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, keesokannya harinya.

"Kes itu dijadualkan disebut semula di Mahkamah Majistret di sini, pada 9 September depan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Mior Faridalathrash berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di rumahnya semalam dengan hasil bedah siasat yang dijalankan di HRPB mengesahkan kematian mangsa adalah akibat jangkitan kuman pada paru-paru (Sepsis).

Katanya, keadaan itu menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli keluarga mangsa dengan mendakwa punca kematian mangsa disebabkan mangsa dipukul oleh suspek lalu bertindak menularkan rakaman dan gambar mangsa ketika kejadian 29 Disember tahun lalu.



"Berdasarkan keterangan baru ini, polis akan merujuk semula kertas siasatan terhadap kes berkenaan ke pejabat timbalan pendakwa raya untuk arahan lanjut.

"Justeru polis ingin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini memandangkan ia masih dalam perbicaraan mahkamah.

"Polis memandang serius aktiviti jenayah yang berlaku dan tindakan tegas akan dilaksanakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan jenayah yang mengganggu gugat keselamatan dan kesejahteraan masyarakat," katanya.



Terdahulu, tukar video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi dua minit 16 saat memaparkan seorang lelaki yang ketika kejadian membawa bersama seorang kanak-kanak, bertindak mengasari seorang pengawal keselamatan hingga pengsan.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!