Isteri maut ditikam suami ketika melakukan hubungan seks bersama kekasih gelap


Suami tikam isteri sedang melakukan hubungan seks bersama lelaki lain di rumahnya, suami pura-pura pergi kerja untuk menyiasat kecurangan isteri

“Tidak tahan melihat kejadian itu, Suaminya turun ke bawah dan memecahkan pintu bilik tidur dengan menggunakan pisau pemotong daging,” jelas Ketua Polis

JAKARTA – Seorang lelaki yang berang kerana ‘menangkap’ isterinya sedang berasmara bersama lelaki lain bertindak menyerang kedua-dua pasangan kekasih itu dan menikam mereka menggunakan sebilah pisau pemotong daging.

Kejadian yang diceritakan menerusi suntingan di akaun Instagram bernama @andreli_48 itu dikatakan berlaku di Kutai Kartanegara, Kalimantan Timur.

Suspek bernama Antok Pamuji, 38, itu merupakan seorang peniaga kain di Kutai Barat, tetapi sesekali pulang ke rumahnya di Bandar Tenggarong. 

Dia mengesyaki isterinya, EA, 33, berlaku curang kerana sering bermain dengan telefon bimbit dan enggan menunjukkan kepadanya apabila diminta.

Suatu hari, Antok bertekad untuk menyiasat aktiviti isterinya secara rahsia dengan berpura-pura pergi bekerja. Dia bagaimanapun masuk semula ke dalam rumah melalui pintu belakang dan bersembunyi di atas siling.

Setelah dua jam menunggu, Antok terkejut kerana mendapati seorang lelaki yang dikenali sebagai K masuk ke dalam rumah dan melakukan hubungan intim dengan isterinya.

“Tidak tahan melihat kejadian itu, Antok turun ke bawah dan memecahkan pintu bilik tidur dengan menggunakan pisau pemotong daging,” jelas Ketua Polis Daerah Tenggarong, IPTU Nursan seperti dipetik daripada akaun Instagram @andreli_48.





Antok menghayunkan pisau ke arah K yang kemudiannya lari dalam keadaan berbogel dan berlumuran darah kerana mengalami luka di pingang dan tangan kiri.





Keadaan isterinya yang turut ditikam masih belum diketahui. Selepas kejadian itu, Antok menyerah diri kepada polis.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!