VIDEO - Langgar lampu isyarat, lelaki melambung dirempuh kereta


Langgar lampu isyarat, lelaki melambung dirempuh kereta

“Pemandu kereta tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal berkenaan yang disyaki tidak mengikut isyarat lalu lintas,” katanya

PASIR GUDANG – Padah langgar lampu isyarat merah, seorang penunggang motosikal cedera parah dirempuh sebuah kereta di simpang empat lampu isyarat Jalan Besar-Jalan Bandar, di sini semalam.

Kejadian pada pukul 1.43 petang itu menyebabkan mangsa lelaki berusia 29 tahun itu dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kereta Proton Saga dan motosikal jenis Yamaha.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta Proton Saga yang dipandu seorang lelaki berumur 47 tahun dalam perjalanan menuju ke Mount Austin, di sini.

“Setibanya di tempat kejadian, lelaki itu meneruskan perjalanan setelah lampu isyarat telah bertukar hijau, namun tiba-tiba datang sebuah motosikal jenis Yamaha ditunggang oleh seorang lelaki dari simpang kanan.




“Pemandu kereta tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal berkenaan yang disyaki tidak mengikut isyarat lalu lintas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!