Masih pegang mesin potong rumput, walaupun maut terperosok bawah kereta


Masih pegang mesin potong rumput, walaupun maut terperosok bawah kereta

"Seorang pekerja kontrak di sebuah syarikat pembersihan maut dirempuh kereta ketika memotong rumput di tepi jalan"

KULIM, KEDAH : Seorang pekerja kontrak di sebuah syarikat pembersihan maut dirempuh kereta ketika memotong rumput di tepi jalan di Taman Selasih, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari menyebabkan mangsa, 68, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan anggota badan.


Lebih menyayat hati, mangsa sejurus dirempuh Proton Iswara dipandu warga emas berusia 77 tahun itu, dikatakan terperosok di bawah kenderaan dalam keadaan tangannya masih memegang mesin rumput yang digunakan.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, berkata siasatan awal mendapati kereta dipandu warga emas itu hilang kawalan sebelum melanggar mangsa yang ketika itu sedang memotong rumput di bahagian kiri jalan.

"Pemeriksaan mendapati pemandu Proton Iswara terbabit ketika kejadian dalam perjalanan untuk pulang ke rumah di kawasan berhampiran.


"Buat masa sekarang, pemandu kereta terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!