Warga asing ditahan miliki senjata ketika solat Aidiladha


Warga asing ditahan miliki senjata ketika solat Aidiladha

"Hasil siasatan polis mendapati senjata yang dirampas itu merupakan salah satu hiasan pemakaian perayaan di negara individu itu,"


JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana memiliki senjata berbahaya ketika mengadakan kawalan keselamatan sewaktu solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Abu Bakar di sini pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asistant Komisioner Raub Selamat berkata, warga asing berusia 57 tahun itu ditahan pada jam 8.45 pagi selepas didapati memiliki sebilah pisau bersarung berukuran lebih kurang 33 sentimeter termasuk hulu yang terselit di tali pinggangnya.

"Hasil siasatan polis mendapati senjata yang dirampas itu merupakan salah satu hiasan pemakaian perayaan di negara individu itu, namun dari segi undang-undang di Malaysia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Raub berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) akta tersebut yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan sebat. - Bernama

1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Shopee Affiliates

Gambir Sarawak 100% Herba Asli

1x Sapu, Hentam Sampai Banjir

(7k Terjual)


Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(143k Terjual)




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Baca juga : Cara Buat Duit Dengan Shopee Affiliate, Jimat Tanpa Modal