Tak sempat larikan beg sandang


Seorang lelaki warga Indonesia ditahan kerana disyaki cuba melarikan beg sandang di dalam sebuah kereta di hadapan sebuah bank

"Semasa pengadu meletakkan keretanya, pengadu telah meninggalkan anaknya serta beg sandang di dalam kereta tanpa kunci pintu.


SEGAMAT - Seorang lelaki warga Indonesia ditahan kerana disyaki cuba melarikan beg sandang di dalam sebuah kereta di hadapan sebuah bank di Jalan Genuang, Segamat di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd Noh berkata, suspek merupakan warga Indonesia berusia 45 tahun serta pemastautin tetap itu ditahan pengadu bersama abang iparnya serta tiga anggota polis.

"Semasa pengadu meletakkan keretanya, pengadu telah meninggalkan anaknya serta beg sandang di dalam kereta tanpa kunci pintu.

"Ketika kembali ke kereta, pengadu dan abang ipar telah nampak suspek cuba buka pintu kereta dan melarikan beg sandang.

"Pengadu bersama abang ipar menangkap suspek. Seorang anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Segamat bersama dua lagi anggota Balai Polis Segamat telah melihat kejadian itu dan membantu membuat tangkapan suspek," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, suspek mempunyai enam rekod jenayah dan tujuh rekod berkaitan dadah.

"Suspek direman selama empat hari bermula Selasa. Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti penglibatan rakan sejenayah.

"Masyarakat sentiasa diingatkan supaya sentiasa menjaga harta benda masing-masing dan jangan sesekali memberi ruang kepada penjenayah untuk mengambil kesempatan," katanya.

Sebelum itu tular satu hantaran di Facebook memaparkan laporan polis dan beberapa keping gambar lokasi kejadian dan suspek yang ditahan itu.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!