Sayur pula naik harga


Sayur pula naik harga

"Selain harga makin mahal, jumlah sayur yang ditawarkan juga semakin sedikit,"

Sayur kampung pun naik harga. Tinjauan Sinar Harian di Pekan Sehari Temerloh di sini pada Ahad mendapati harga sayuran terbabit seperti kerdas, jering ada dijual dengan harga RM5 manakala terung pipit, buah asam dijual RM3 sepiring dan maman RM6 seikat.

Bagi seorang pesara, Mazidah Said, 58, mengakui terkejut dengan kenaikan harga sayur kampung.

Menurutnya, kenaikan itu dapat dilihat pada minggu ini berbanding sebelumnya.

"Sejak 1 Julai, banyak barangan naik harga dan bila datang ke sini memang terkejut juga lihat harga sayur kampung kali ini.

"Minggu ini betul-betul mendadak kenaikannya dan saya datang sebenarnya nak menyokong peniaga kecil dan harapnya harga tidak terus naik lagi," katanya lagi.

Pendapat itu disokong rakannya, Kamariah Hassan, 59, turut mengharapkan kenaikan harga tidak terlalu melampau hingga membebankan pengguna.

"Selain harga makin mahal, jumlah sayur yang ditawarkan juga semakin sedikit," dakwanya lagi.

Sementara itu, seorang peniaga sayur kampung, Che Zainab Mat, 76, mendakwa kenaikan itu kerana kesukaran mendapat bekalan.

Tambahnya, kenaikan itu juga berpunca daripada pekebun yang menjual dengan harga lebih tinggi.

"Saya dapat bekalan daripada orang kampung dan akui memang ada pelanggan merungut kerana harga lebih mahal," ujarnya sudah kira-kira 50 tahun berniaga di Pekan Sehari Temerloh.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!