Lagi kes hina agama Islam, Nabi Muhammad SAW

Lagi kes hina agama Islam, Nabi Muhammad SAW 

"Kesalahan dilakukan akan disiasat sama ada di bawah Akta 506, atau jika sampai menghina agama, siasatan boleh dibuat di bawah Akta Hasutan," katanya

LUMUT - Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung satu kenyataan yang didakwa menghina agama dan nabi dalam satu hantaran tular di Facebook sejak Sabtu.

Hantaran berkenaan dipercayai dilakukan seorang lelaki berwatakan wanita dari Sitiawan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan di bawah Akta 506 dan Akta Hasutan 1948 boleh dijalankan sekiranya terdapat kesalahan seperti dinyatakan.


"Setakat ini kita belum terima laporan secara rasmi lagi, tetapi saya akan semak sama ada laporan itu ada dibuat di negeri lain.

"Kesalahan dilakukan akan disiasat sama ada di bawah Akta 506, atau jika sampai menghina agama, siasatan boleh dibuat di bawah Akta Hasutan," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Program High Profile Policing (HPP) di Pulau Pangkor di sini pada Isnin.


Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dan Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi.


Hantaran itu turut menarik perhatian warganet yang meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu berkenaan.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!