Bukan hilang, tapi sembunyi...

Kes isteri hilang : Wanita itu ditemui selamat di sebuah rumah di Batu Pahat

"Siasatan lanjut mendapati berlaku perselisihan faham antara suaminya dan isteri sehingga mendorong wanita itu melarikan diri."

MERSING - Wanita dilaporkan hilang selepas keluar bekerja di sebuah pasar raya di bandar ini pada Rabu sehingga kisahnya tular, dikesan berada di sebuah rumah di Batu Pahat.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superitendan Cyril Edward Nuing berkata, wanita berkenaan ditemukan dalam keadaan selamat dan turut membuat laporan di Balai Polis Batu Pahat.

"Siasatan lanjut mendapati berlaku perselisihan faham antara suaminya dan isteri sehingga mendorong wanita itu melarikan diri.

"Masyarakat digesa untuk tidak mengambil tindakan sendiri dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis Sinar Harian melaporkan, suami wanita tersebut, Mohd Saiful Nizam Hasan, 38, menghantar isterinya, Suhaily Mohd Isa, 34, bekerja di pasar raya tersebut pada jam 11 pagi Rabu.


Semasa Mohd Saiful Nizam mahu menjemput isterinya pulang pada jam 6 petang, Suhaily tidak muncul sehingga kini sebelum mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing pada jam 9 malam.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!