Penunggang motosikal m4ut, 4 termasuk bayi cedera


Penunggang motosikal m4ut, 4 termasuk bayi cedera

“Selepas bertembung,  kedua-dua kenderaan tersebut merempuh pokok kelapa sawit di bahu jalan sehingga menyebabkan motosikal tersebut terperosok ke dalam kereta Wira,” katanya


BALING, KEDAH: Seorang penunggang motosikal m4ut manakala empat lagi termasuk seorang bayi lelaki cedera dalam nahas  di Kampung Batu Dua, Kuala Ketil di sini petang semalam.

Dalam nahas pukul 6 petang,  Mohamad Shahrul Azuan Mohamad Saad, 22, yang menunggang motosikal Honda RS150R  m4ut di tempat kejadian.

Motosikal pemuda  dari Kampung Charok Bemban, Kupang itu bertembung dengan kereta Proton Wira dinaiki sepasang suami isteri bersama bayi mereka.


Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, kereta Proton Wira dari arah Sungai Petani menghala ke Baling itu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal dinaiki Shahrul bersama rakannya.

“Selepas bertembung,  kedua-dua kenderaan tersebut merempuh pokok kelapa sawit di bahu jalan sehingga menyebabkan motosikal tersebut terperosok ke dalam kereta Wira,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Shamsudin, pemandu kereta tersebut bersama isterinya cedera ringan tetapi bayi mereka berusia tiga bulan yang dipangku ibunya cedera parah. Rakan Shahrul turut  mengalami cedera parah.


Katanya, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut, manakala bedah siasat mayat mangsa dijalankan di Unit Forensik, Hospital Kulim setelah mendapat keputusan Ujian Covid-19.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!