Pemandu Myvi positif dadah punca 5 kereta kemalangan

 
Pemandu Myvi positif dadah punca 5 kereta kemalangan

“Pelanggaran tersebut menyebabkan Toyota Avanza turut hilang kawalan sehingga berpusing beberapa kali serta terbabas ke lorong kiri lalu melanggar dua lagi kenderaan iaitu Proton Saga dipandu wanita berusia 40 tahun dan Proton Persona yang dipandu lelaki berumur 35 tahun,” katanya 

SEREMBAN – Seorang pemandu kereta Myvi dipercayai positif dadah sebelum hilang kawalan dan terlibat dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 243.3 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini semalam.


Kejadian kemalangan itu turut tular di media sosial Facebook dan mendapat reaksi netizen.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati kemalangan pada pukul 10.40 pagi itu dipercayai berlaku ketika sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berumur 28 tahun dari arah Seremban menuju ke Selatan.


“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis Toyota Avanza yang dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun yang berada di hadapannya ketika itu.

“Pelanggaran tersebut menyebabkan Toyota Avanza turut hilang kawalan sehingga berpusing beberapa kali serta terbabas ke lorong kiri lalu melanggar dua lagi kenderaan iaitu Proton Saga dipandu wanita berusia 40 tahun dan Proton Persona yang dipandu lelaki berumur 35 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Menurut Nanda, akibat pelanggaran pertama yang berlaku di antara Perodua Myvi dan Toyota Avanza telah menyebabkan tayar bahagian belakang kiri Toyota Avanza tercabut.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!