VIDEO - Polis kesan pemandu Persona himpit motosikal


Polis kesan pemandu Persona himpit motosikal

“Ia mengakibatkan mangsa terseliuh tangan kiri manakala motosikalnya mengalami kerosakan,” katanya

KUALA SELANGOR – Polis sedang mengesan pemandu Proton Persona yang melarikan diri selepas tular menghimpit penunggang motosikal sehingga terjatuh di Kilometer 47.1 Jalan Klang-Teluk Intan di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu mengakibatkan lelaki berusia 21 tahun terbabas dan cedera di tangannya.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, ketika kejadian mangsa sedang menuju ke tempat kerjanya selepas keluar dari rumahnya di Kampung Ujong Permatang.

Kata beliau, setibanya di lokasi, sebuah kereta Proton Persona menukar lorong secara mengejut dan menghimpit motosikal mangsa.

“Akibat dihimpit, mangsa kemudian terpaksa menekan brek dan motosikalnya terbabas.




“Ia mengakibatkan mangsa terseliuh tangan kiri manakala motosikalnya mengalami kerosakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Ramli, kes berkenaan disiasat mengikut Kaedah 6(2) LN 166/59.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!