VIDEO - Polis cari rider samseng cuba baling topi keledar


Polis cari rider samseng cuba baling topi keledar

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku selepas pemandu kenderaan berkenaan dikatakan membunyikan hon kepada sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti dan meletakkan motosikal mereka di lorong kecemasan di laluan berkenaan.

SEREMBAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dirakam cuba membaling objek menyerupai topi keledar ke arah sebuah kenderaan yang melalui Jalan Temiang-Pantai di sini seperti yang tular dalam sebuah rakaman video di media sosial semalam.

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku selepas pemandu kenderaan berkenaan dikatakan membunyikan hon kepada sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti dan meletakkan motosikal mereka di lorong kecemasan di laluan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, video berdurasi 11 saat itu memaparkan penunggang motosikal mengganggu pengguna jalan raya kerana dipercayai tidak berpuas hati selepas dihon.

“Siasatan awal mendapati kejadian tular itu berlaku semalam, anggaran waktu sekitar tengah hari yang mana terdapat sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti dan meletak kenderaan di laluan kecemasan di lokasi kejadian.

“Dalam pada masa yang sama, rakaman video daripada papan pemuka kereta itu turut memaparkan seorang individu seakan-akan cuba untuk membaling objek ke arah kenderaan perakam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nanda berkata, susulan rakaman yang tular itu, satu siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pesalah yang terbabit.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan galangan di atas jalan dan di bawah Seksyen 268(1) Kanun Keseksaan kerana melakukan mudarat awam.




Sebagai rekod, Jalan Temiang-Pantai menjadi tarikan kerana pemandangannya yang dikatakan seakan ‘New Zealand Malaysia’ dan sering dijadikan lokasi tumpuan bagi pengunjung untuk bergambar dan melakukan aktiviti rekreasi seperti berbasikal dan joging.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!