Lima lelaki bakar bunga api bebas jaminan polis


Lima lelaki bakar bunga api bebas jaminan polis

"Lima lelaki yang ditahan kerana membakar bunga api di Plaza Tol Setia Alam di sini bagi meraikan hari kelahiran salah seorang rakan mereka dibebaskan dengan jaminan polis pada Rabu."


SHAH ALAM – Lima lelaki yang ditahan kerana membakar bunga api di Plaza Tol Setia Alam di sini bagi meraikan hari kelahiran salah seorang rakan mereka dibebaskan dengan jaminan polis pada Rabu.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya telah merakam keterangan kesemua suspek sebelum membebaskan mereka dengan jaminan polis.


"Kesemua suspek berusia 30 tahun hingga 42 tahun itu ditahan pada Selasa, mereka direman sehari bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.


Mohd Iqbal berkata, kertas siasatan kes berkenaan akan dilengkapkan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.



Pada Selasa, media melaporkan insiden video tular di TikTok itu berlaku pada 14 Mei lalu.


Video tular itu memaparkan sekumpulan lelaki membakar bunga api di tepi jalan bagi meraikan hari lahir salah seorang rakan mereka.


Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6 Akta Letupan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.


Baca juga : Cara Buat Duit Dengan Shopee Affiliate, Jimat Tanpa Modal







Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!