Lelaki maut ditembak, rakan mangsa ditahan



Lelaki maut ditembak, rakan mangsa ditahan


"Pemeriksaan di dalam sebuah bilik di hotel berkenaan menemukan mayat mangsa berusia 49 tahun itu dengan kesan kecederaan dipercayai ditembak di bahagian dahi," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini."


Kuala Lumpur: Seorang lelaki tempatan ditemukan meninggal dunia dengan kesan tembakan di dahi dalam kejadian di sebuah hotel di Bukit Bintang, di sini, hari ini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira 7 malam.


"Siasatan awal dilakukan di lokasi mendapati kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 6 petang tadi.


"Pemeriksaan di dalam sebuah bilik di hotel berkenaan menemukan mayat mangsa berusia 49 tahun itu dengan kesan kecederaan dipercayai ditembak di bahagian dahi," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.


Habibi berkata, siasatan awal mendapati mangsa mendaftar masuk ke hotel berkenaan kira-kira 6 petang tadi bersama seorang rakan lelakinya.


"Mereka datang dari Johor dan kami masih lagi menyiasat sebab kedua-dua individu berkenaan datang ke sini (Kuala Lumpur).


"Kami menahan rakan mangsa bagi membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.


Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.


"Jumlah tembakan yang dilepaskan dalam kes ini masih disiasat. Pada masa sama, kami sedang mengenal pasti motif kejadian itu.


"Kami akan memaklumkan sebarang perkembangan kes ini dari semasa ke semasa," katanya.


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!