Peniaga jual ayam melebihi harga siling dikompaun KPDNHEP


Peniaga jual ayam melebihi harga siling dikompaun KPDNHEP

“Rata-rata meletakkan tanda harga RM8.90 sekilogram di gerai jualan masing-masing tetapi menjual (ayam) dengan lebih mahal."

KUALA TERENGGANU – Kesalahan mempamerkan tanda harga tidak tepat menjadi antara punca 11 peniaga ayam di Pasar Chabang Tiga di sini dikompaun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dsn Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam.

Dalam pemeriksaan pada pukul 10 pagi itu, kesemua peniaga ayam dikompaun RM500 mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, pemeriksaan pasukan penguatkuasaan agensi itu mendapati peniaga terlibat menjual sekilogram ayam pada harga RM9.30 hingga RM10 iaitu melebihi harga siling ditetapkan iaitu RM8.90.

“Rata-rata meletakkan tanda harga RM8.90 sekilogram di gerai jualan masing-masing tetapi menjual (ayam) dengan lebih mahal.

“Mereka juga gagal mengemukakan dokumen yang menyokong dakwaan menerima ayam standard pada harga RM8.70 daripada pemborong,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu tular video berdurasi 1 minit 37 saat tentang keluhan seorang peniaga Pasar Chabang Tiga yang mendakwa teraniaya kerana menjadi sasaran dikompaun KPDNHEP tanpa mengetahui isu sebenar kenaikan harga ayam berkenaan.

Saharuddin berkata, kompaun RM500 yang dikenakan kepada peniaga ayam terbabit paling minimum atas budi bicara sedangkan undang-undang memperuntukkan denda maksimum RM100,000.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!