VIDEO - Lori terbabas hempap kereta Myvi, pemandu terselamat

Lori terbabas hempap kereta Myvi, pemandu terselamat

"Setibanya di lokasi kejadian, kereta berkenaan yang berhenti di lampu isyarat tiba-tiba dirempuh sebuah lori sebelum menghempapnya. Kejadian itu menyebabkan pemandu lori tersepit dalam kenderaannya polis terpaksa mendapatkan bantuan pihak bomba."


Kajang: Ibarat nyawa di hujung tanduk, begitulah keadaan yang dialami seorang pemandu kereta selepas kenderaannya itu dihempap sebuah lori di Jalan Bangi Lama di sini, hari ini.



Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Mohd Nasir Drahman berkata, pemandu kereta Perodua Myvi itu tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala pemandu lori pula dibawa ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan selepas mengalami kecederaan dalam kejadian pada 1.40 tengah hari ini.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal didapati lori itu dari Bandar Seri Putra menghala ke Dengkil, manakala kereta itu pula datang dari Pekan Bangi Lama menghala ke Kampung Bahagia.

"Setibanya di lokasi kejadian, kereta berkenaan yang berhenti di lampu isyarat tiba-tiba dirempuh sebuah lori sebelum menghempapnya.

"Kejadian itu menyebabkan pemandu lori tersepit dalam kenderaannya polis terpaksa mendapatkan bantuan pihak bomba.

"Kami masih menyiasat kejadian ini untuk mengetahui punca sebenar kejadian berlaku sama ada terdapat kecuaian daripada pemandu lori," katanya.

Menurutnya, polis membuka kertas siasatan dan mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Sampel darah pemandu lori akan dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan pemeriksaan alkohol dan dadah," katanya.




Beliau berkata, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu bolehlah menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat kes, Sarjan Hafidz di talian 012-5446961 bagi menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan.


Terdahulu, rakaman video berdurasi 53 saat yang diambil daripada kamera papan pemuka kereta menunjukkan lori berkenaan melanggar Perodua Myvi dan menghempap kenderaan itu tular media sosial.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!