VIDEO - Ini lah penyanyi nasyid tu...


Penyanyi Nasyid tanam ganja, miliki dadah didakwa di mahkamah

“Kirim salam pada YB Syed Sadiq, minta dia segerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di Parlimen,” kata penyanyi nasyid kepada petugas media.


PETALING JAYA : Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman sempat ‘memberi’ pesanan supaya mengirim salam kepada Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini, pagi ini untuk didakwa kerana disyaki memiliki dadah dan menanam pokok ganja.

Ucapan itu dituturkan  Yasin secara santai dan tenang sebelum masuk ke dalam bilik mahkamah di kompleks berkenaan.

“Kirim salam pada YB Syed Sadiq, minta dia segerakan kelulusan kanabis untuk perubatan di Parlimen,” kata Yasin kepada petugas media.




Yassin dihadapkan ke mahkamah kerana disyaki mengusahakan ‘ladang mini’ tanaman ganja di kediamannya di Kota Damansara.

Yassin didakwa mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 6B Akta Dadah berbahaya..

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!