Pekerja kilang edar dadah ditahan


Pekerja kilang edar dadah ditahan, polis turut merampas 894.54 gram syabu serta 1,670 pil kuda dianggarkan bernilai RM50,000


"Polis juga menyita dua buah motosikal yang dipercayai digunakan suspek bagi menjalankan kegiatan itu.


MELAKA - Polis menahan seorang pekerja kilang disyaki pengedar dadah dan merampas 894.54 gram syabu serta 1,670 pil kuda dianggarkan bernilai RM50,000 Rabu lalu.


Suspek berusia 33 tahun ditahan di tepi Jalan Taman Merdeka, Batu Berendam pada jam 6.30 petang.


Ketua Jabatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Zulkifli Rashid dalam satu kenyataan memaklumkan pemeriksaan ke atas suspek menemui 120.54 gram syabu dan 20 biji pil kuda bernilai RM16,700 yang disembunyikan dalam poket seluar dan beg silang.


Menurutnya, susulan itu sepasukan polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Taman Rumpun Bahagia, Bachang dan merampas lebih 770 gram syabu serta 1,650 biji pil kuda.


"Polis juga menyita dua buah motosikal yang dipercayai digunakan suspek bagi menjalankan kegiatan itu.


"Siasatan awal mendapati suspek mula melakukan aktiviti itu sejak dua bulan lalu untuk pelanggan tetap di sekitar Taman Merdeka dan Batu Berendam," katanya.


Bagaimanapun tambah beliau, ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah


"Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Khamis untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.




@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!