Brek rosak, bas langgar tiang elektrik


Brek rosak, bas langgar tiang elektrik

"Namun sebaik tiba di lokasi, bas dipandu mengalami masalah brek menyebabkan hilang kawalan dan terbabas melanggar tiang elektrik yang berada di laluan bertentangan," katanya


NILAI - Sebuah bas ekspres dua tingkat hilang kawalan dan melanggar tiang elektrik selepas mengalami masalah brek di persimpangan lampu isyarat Jalan Persiaran Pusat Bandar di sini pada Jumaat.


Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, ketika kejadian bas berkenaan dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu menghala ke Nilai.


"Bas itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 39 tahun. Ketika kejadian, terdapat seorang lagi pemandu kedua dan empat orang penumpang.


"Namun sebaik tiba di lokasi, bas dipandu mengalami masalah brek menyebabkan hilang kawalan dan terbabas melanggar tiang elektrik yang berada di laluan bertentangan," katanya kepada media pada Jumaat.


Menurutnya, kemalangan itu mengakibatkan pemandu bas tersebut cedera ringan di kaki, manakala lima lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.


Katanya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!