Doktor jual sijil vaksinasi untung lebih RM 760,000 direman


Doktor jual sijil vaksinasi untung lebih RM 760,000 direman

"Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sejak September tahun lalu selepas klinik berkenaan mendapat kebenaran mengendalikan suntikan vaksinasi secara berbayar."


Marang: Perintah reman terhadap doktor klinik swasta yang dipercayai terbabit dalam kegiatan penjualan sijil vaksinasi Covid-19 palsu disambung sehingga Khamis depan.

Perintah reman terhadap suspek berusia 51 tahun itu dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda di Mahkamah Majistret Marang.

Lanjutan reman itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Terdahulu, suspek yang ditahan pada Sabtu lalu direman selama tiga hari sehingga hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis Terengganu membongkarkan kegiatan penjualan sijil vaksinasi Covid-19 dipercayai palsu dengan merampas hampir 100 keping kad peringatan (temu janji) vaksinasi.

Kegiatan itu terbongkar susulan serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang membawa kepada penahanan suspek pada Sabtu.

Suspek dipercayai melakukan perbuatan itu sejak September tahun lalu selepas klinik berkenaan mendapat kebenaran mengendalikan suntikan vaksinasi secara berbayar.

Dalam tempoh berkenaan, lebih 1,900 sijil vaksinasi Covid-19 dengan kadar bayaran antara RM400 hingga RM600.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!