Buruh ditahan bersama dadah di hadapan kedai serbaneka di Mukah


Buruh ditahan bersama dadah di hadapan kedai serbaneka di Mukah

"Hasil pemeriksaan pada badan suspek, 33 tahun, polis telah menjumpai satu tiub penyedut minuman kecil berwarna hijau berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis Methampethamine seberat 0.34 gram."


MUKAH: Seorang buruh yang disyaki terlibat dalam kegiatan dadah ditahan di hadapan sebuah kedai serbaneka di Mukah sekitar 5.45 petang pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias, hasil pemeriksaan pada badan suspek, 33 tahun, polis telah menjumpai satu tiub penyedut minuman kecil berwarna hijau berisi ketulan kristal dipercayai dadah jenis Methampethamine seberat 0.34 gram.

"Ia dijumpai di dalam genggaman tangan kanan suspek ketika pemeriksaan dijalankan," katanya kepada Utusan Borneo.

Suspek kemudiannya dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah untuk soal siasat dan mengaku telah menagih dadah sejak Oktober tahun lepas.

Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Ampethamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) akta sama.

Suspek ditahan di lokap Balai Polis Mukah untuk siasatan lebih lanjut.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!