“Tuhan Memahami, Kenapa Nak Halang Cinta Muslim Gay?” - Putri Balqis


“Tuhan Memahami, Kenapa Nak Halang Cinta Muslim Gay?” - Putri Balqis


“Tuhan itu dwibahasa, jadi Dia memahami pelbagai bentuk kasih sayang. Terlalu banyak kebencian disebarkan, kenapa nak halang cinta terakhir ini? Percaya pada Sang Pencipta, kalian wujud untuk berkasih sayang,” jawabnya.


Sekian lama menyepi, baru-baru ini nama pelakon berbakat besar Puteri Balqis menjadi bualan ramai apabila ramai yang terkejut dengan penampilan terbarunya.


Bukan itu sahaja, beberapa perkongsian Balqis di Insta Story turut mencuri perhatian netizen antaranya pendapatnya mengenai Muslim yang meminati kaum sejenis.




Menurut Balqis, ianya merupakan satu lagi bentuk kasih sayang dan Tuhan memahami pelbagai bentuk kasih sayang yang wujud.


“Tuhan itu dwibahasa, jadi Dia memahami pelbagai bentuk kasih sayang. Terlalu banyak kebencian disebarkan, kenapa nak halang cinta terakhir ini? Percaya pada Sang Pencipta, kalian wujud untuk berkasih sayang,” jawabnya.


Sementara itu, menjawab persoalan netizen sama ada dia menyesal atau tidak kisah hidupnya disiarkan di program Bersamamu, Balqis kata tidak kerana dari situ dia mengenali siapa kawan, siapa lawan.


Balqis turut dilihat menjawab persoalan netizen yang mahu mengetahui tentang keadaan kesihatannya. Balqis berkata dia masih dalam proses untuk sembuh namun sudah berhenti mengambil steroid dan ubat-ubatan.


Minggu lalu, penampilan Balqis menjadi perhatian apabila ada memuat naik foto menggayakan skirt pendek berserta stokin net panjang berwarna hitam dengan corak tengkorak.


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!