Lazada 12.12

Suri rumah dicabul di tempat letak kereta pusat beli-belah


Suri rumah dicabul di tempat letak kereta pusat beli-belah

"Dalam kejadian itu, mangsa berusia 31 tahun mendakwa suspek memeluknya dari arah belakang dan meraba bahagian dada sebelum melarikan diri di tempat letak kereta di sebuah business center Cyberjaya"


SEPANG – Seorang suri rumah berdepan situasi mencemaskan apabila dipeluk dan diraba lelaki tidak dikenali di tempat letak kereta di sebuah pusat perniagaan di Cyberjaya pada 21 Disember lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 31 tahun mendakwa suspek memeluknya dari arah belakang dan meraba bahagian dada sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 454 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, mangsa bersama anak perempuan berusia dua tahun sedang berjalan menuju ke arah kereta selepas membeli selesai membeli belah.

“Mangsa sempat menjerit dan meminta pertolongan selepas kejadian itu namun, tiada siapa berada di tempat kejadian dan suspek kemudian melarikan diri ke arah tidak pasti.

“Mangsa berasa trauma dengan kejadian itu dan telah menghubungi suaminya untuk meminta bantuan,” katanya.

Wan Kamarul Azran berkata, siasatan mendapati, tiada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian namun, beliau sudah meminta penyelia bangunan berkongsi rakaman pergerakan mangsa dari pusat beli belah itu ke tempat letak kereta.

Sebelum ini, mangsa yang dikenali sebagai Nina turut berkongsi pengalaman itu di laman sosial Instagram.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



FBBOOM

Software Facebook Auto Bot, Iklankan produk atau servis anda di Facebook secara automatik!

Manfaat guna software FB Auto Bot

✅ AUTO POST TO GROUP
✅ AUTO SHARE POST
✅ AUTO ADD FRIEND ( TARGETED )
✅ AUTO JOIN GROUP ( TARGETED )
✅ AUTO INBOX FRIEND
✅ AUTO SELL IN MARKETPLACE ( NEW )
✅ AUTO COMMENT POSTING ( NEW )
✅ AUTO LIST MARKETPLACE GROUP ( NEW )

(420,165 Download)