Pengeluaran tambahan KWSP bakal membebankan pencarum


Pengeluaran tambahan KWSP bakal membebankan pencarum, kerana mereka kekurangan simpanan


"Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang daripada KWSP yang berjumlah RM10,000 biarpun ada permintaan agar ia dipertimbangkan bagi tujuan meringankan beban mangsa banjir yang terjejas. Kerana kuatir dengan nasib rakyat yang kurang mempunyai simpanan yang cukup" katanya


SHAH ALAM - Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan bahawa pengeluaran tambahan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memberi impak negatif kepada pencarum pada masa hadapan.


Menurutnya, rata-rata ahli telah mengeluarkan sebanyak RM21,000 sehingga RM71,000 melalui inisiatif khas termasuk i-Lestari dan i-Sinar sejak tahun lepas.


“Keizinan luar biasa ini diberi memandangkan adanya situasi luar biasa yang berlaku, iaitu pandemik global yang turut melanda negara.


“Tetapi setelah beberapa kali pengeluaran diizinkan dan setelah lebih RM101 bilion disalurkan keluar dari KWSP, cukuplah dibenarkan setakat itu sahaja,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.


Pada Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran wang daripada KWSP yang berjumlah RM10,000 biarpun ada permintaan agar ia dipertimbangkan bagi tujuan meringankan beban mangsa banjir yang terjejas.


Mengulas lanjut, beliau berkata, secara keseluruhan, lebih tujuh juta pencarum yang telah mengeluarkan wang melalui KWSP.


Menurutnya, lebih kurang 74 peratus pencarum yang mempunyai simpanan kurang dari RM10,000 dalam akaun KWSP mereka adalah golongan bumiputra.


“Lebih membimbangkan lagi, 79 peratus daripada golongan ini mempunyai simpanan kurang dari RM1,000.


“Kalau betul beberapa pihak ingin memperjuangkan nasib bumiputra, terutamanya orang Melayu, walaupun dah tahu ramai yang sudah tidak mempunyai cukup simpanan, apakah niat dan tujuan sebenar memperjuangkan pengeluaran tambahan?” soalnya.


Dalam pada itu, beliau berkata, KWSP juga memainkan peranan penting di pasaran saham dan bon tempatan untuk menjana pulangan dividen kepada ahli dan menyediakan kecairan bagi kedua-dua pasaran berkenaan.


Jelasnya, sekiranya pengeluaran ini dibenarkan lagi, KWSP terpaksa menjual pegangan saham dan bon mereka di luar dan dalam negara secara besar-besaran dalam keadaan pasaran yang tidak menentu, memberhentikan pelaburan di dalam negara untuk tempoh tiga hingga enam bulan dan mengurangkan penyertaan dalam pasaran domestik buat sementara waktu.


“Langkah ini akan memberi impak negatif kepada pasaran saham dan bon tempatan kerana peranan KWSP sebagai penyedia kecairan juga akan terjejas, selain mengekang keupayaan KWSP untuk menjana pulangan dividen.


“Apabila kecairan berkurangan, ini berpotensi menjejaskan keyakinan pelabur-pelabur lain yang akan turut serta menjual pegangan mereka, lantas mengurangkan lagi kecairan di pasaran.


“Ini akan mengakibatkan peningkatan kos pinjaman bagi seluruh Keluarga Malaysia, tidak kira individu, syarikat, mahupun kerajaan,” jelasnya.


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!