Pemandu mabuk tidak mengaku salah hingga akibatkan kematian, ditawarkan jaminan RM 20,000...


Pemandu mabuk tidak mengaku salah hingga akibatkan kematian, ditawarkan jaminan RM 20,000


" Tertuduh didakwa memandu kereta di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian Abdul Rahim Mohamad, 53, di Jalan Klebang di sini, jam 12.45 pagi pada 29 November lalu. Pengarah Pendakwaan Negeri, Ahmad Sazali Omar menawarkan jaminan sebanyak RM20,000..."



MELAKA - Seorang penyelia syarikat hiasan dalaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pada November lalu.


Lee Han Wee, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi.


Tertuduh didakwa memandu kereta di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian Abdul Rahim Mohamad, 53, di Jalan Klebang di sini, jam 12.45 pagi pada 29 November lalu.


Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh telah memandu kenderaan di atas jalan raya di bawah pengaruh alkohol dalam darah sehingga menyebabkan kemalangan dan menyebabkan kematian Abdul Rahim.


Dia yang telah berkahwin didakwa mengikut Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan denda RM50,000 serta hilang kelayakan memandu selama 10 tahun jika sabit kesalahan.


Sebelum itu, Pengarah Pendakwaan Negeri, Ahmad Sazali Omar menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 kerana kesalahan yang dilakukan begitu serius menyebabkan seorang meninggal dunia dan beberapa orang cedera.


Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Wan Nurul Nurain Wan M Razali memohon jaminan rendah dikenakan kerana anak guamnya sakit selain pendapatan turut terjejas selepas terlibat dalam kemalangan itu.


Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Azureen Sahira membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.


Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Syahrul Sazly membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin.


Mahkamah menetapkan 27 Januari depan untuk sebutan semula kes.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 pagi itu, mangsa Abdul Rahim Mohamad, 52, yang juga kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta jenis Proton Wira dipandunya dirempuh kereta Nissan Teana dari arah bertentangan.


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!