Jahidah terpaksa dibedah akibat jangkitan kuman



Jahidah terpaksa dibedah akibat jangkitan kuman



Wanita hamil yang parah dipukul suami sehingga koma, Jahidah Nordin, 43, terpaksa menjalani pembedahan kedua pada pagi Khamis selepas terdapat jangkitan kuman pada luka pembedahan melahirkan anak sebelum ini.



Adik kepada Jahidah, Fazariah Nordin, 38, berkata, pada malam Rabu, doktor memaklumkan kepada mereka sekeluarga bahawa kakaknya perlu menjalani pembedahan segera bagi mengelak kejadian tidak diingini.


"Doktor beritahu tempat pembedahan kakak nampak kemerahan dan apa yang merisaukan kami kerana ketika ini kakak demam, tapi setakat dimaklumkan keadaannya stabil," katanya


Menurutnya, doktor memaklumkan pembedahan mengambil masa sejam.


"Kami sekeluarga memohon doa orang ramai supaya pembedahan kakak dipermudahkan," katanya.


Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Jahidah selamat melahirkan bayi lelaki seberat dua kilogram malam Selasa secara pembedahan.


Bayi yang diberi nama J Eshan Nufail atau mesra dengan panggilan 'Baby J' itu dalam keadaan sihat.


Sehubungan itu, orang ramai yang ingin memberikan sumbangan ikhlas boleh berbuat demikian menerusi akaun bank CIMB 7617797037 (Fauziah Nordin).


Kisah wanita tersebut yang merupakan seorang penjawat awam di Johor Bahru, mendapat perhatian media selepas dia koma kerana cedera parah dipercayai akibat dipukul suaminya di rumah mereka pada 4 Mei lalu.



@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!