Inspektor polis serang anggota polis direman tiga hari, dipercayai mabuk


Inspektor polis serang anggota polis direman tiga hari, dipercayai mabuk

"Anggota polis meminta suspek bagi pergi ke balai berhampiran namun lelaki itu bertindak agresif dan melawan anggota menyebabkan cedera di bahagian siku kedua-dua tangannya."


Georgetown: Inspektor yang ditahan selepas mengamuk, membuat bising dan mencederakan anggota polis dalam kejadian di Lebuh Queen di sini, semalam direman selama tiga hari sehingga esok.


Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, suspek yang berusia 35 tahun itu kini sedang menjalani rawatan di Klinik Pakar Psikiatrik Jalan Perak.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya. Siasatan lanjut juga masih diteruskan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.


Semalam, Harian Metro melaporkan mengenai tindakan suspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk selain kaki kanannya berbalut serta mengeluarkan kata-kata kesat di hadapan sebuah hotel.

Mengulas lanjut Soffian berkata, dalam kejadian itu, pihaknya menerima aduan daripada orang awam kira-kira jam 1.30 pagi.


Katanya, ketika di lokasi, didapati suspek sedang membuat bising dan dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.


"Suspek mengeluarkan kata-kata kesat ketika anggota polis cuba menenangkannya dan enggan memberi kerjasama.


"Anggota polis meminta suspek bagi pergi ke balai berhampiran namun lelaki itu bertindak agresif dan melawan anggota menyebabkan cedera di bahagian siku kedua-dua tangannya.


"Semakan mendapati, suspek yang berpangkat Inspektor itu bertugas di Perak dan sedang menjalani hukuman tahan kerja atas kesalahan tatatertib," katanya.




@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!