Gambar pengadang konkrit atas jalan adalah fitnah, Ini penjelasan kontraktor...


Gambar pengadang konkrit atas jalan adalah fitnah


Tular beberapa gambar pegadang konkrit yang didakwa "Jalan Pintas Untuk Maut" sebenarnya diletakkan atas jalan yang baru saja diturap adalah untuk sementara sahaja dan jalan tersebut belum dibuka.

Kontraktor menjelaskan bahawa mereka hanya meletakkan konkrit itu untuk sementara waktu sahaja dan akan mengalihkannya sebaik saja tugasan yang lain selesai. 

Pada jam 2.30 petang konkrit itu sudah pun dialihkan oleh kontraktor yang bertanggungjawab. 


Pelbagai spekulasi dibuat netizen berdasarkan gambar-gambar yang tular sejak hari ini. Ada yang menyelar tindakan kontraktor yang hilang akal meletakkan konkrit seperti itu di atas jalan. 

Ada juga netizen yang mendakwa itu sebagai penganti sticker 3D atas jalan supaya kenderaan tidak memandu secara melulu. 


Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fang Guilun dalam temubual bersama China News berkata, pembantunya Li Mingkang telahpun melawat di lokasi berkenaan bagi memastikan kesahihan beberapa foto yang tular dan memang ada kebonjolan jalan di Jalan Changkat Thambi Dollah.

Katanya objek itu bukan pembentung yang terkeluar dari jalan, tapi pengadang konkrit yang ditinggalkan sementara oleh kontraktor di atas jalan yang baru diturap tapi belum dibuka.


Beliau berkata pengadang konkrit itu diletakkan di tapak selama kira-kira 2 hari namun tidak kekal. Mereka akan mengalihkan konkrit itu. 

Tambah beliau, Netizen dinasihatkan supaya tidak mereka-reka cerita hanya berdasarkan gambar yang tular sebaliknya siasat terlebih dahulu supaya tidak berlaku fitnah.




@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!