Bengkel tawar khidmat percuma cuci kereta terjejas banjir


Bengkel tawar khidmat percuma cuci kereta terjejas banjir


"Bengkel Azam Motor Banting menyediakan perkhidmatan mencuci dan membersih kereta yang terjejas akibat banjir secara percuma. Besar harapan kami agar dapat membantu lebih ramai lagi mereka yang terkesan dan kami berhasrat untuk mencuci lebih 300 kenderaan yang terkesan akibat banjir sehingga hujung tahun ini," ujarnya.



SHAH ALAM - Bengkel Azam Motor Banting menyediakan perkhidmatan mencuci dan membersih kereta yang terjejas akibat banjir secara percuma sejak Isnin lalu.


Pengarah Urusannya, Mastinah Mohd Sani, 48, berkata, pihaknya menerima sebanyak 20 permintaan untuk mencuci kereta dan setiap hari hanya empat kenderaan dibersihkan mengikut janji temu dan giliran.


"Kapasiti bengkel hanya boleh mencuci empat kereta sehari kerana kami kekurangan pembantu kerana rumah mereka juga ditenggelami banjir dan tidak dapat keluar bekerja," katanya.



Mastinah berkata, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dijalankan untuk memberi bantuan kepada golongan B40 yang terkesan akibat banjir.


"Kos mencuci luar dan dalam kereta ditenggelami banjir bermula dari RM1,500 hingga RM2,000 dan ini sudah tentu membebankan golongan tidak berkemampuan.


"Kami ingin bersama-sama mengambil tanggungjawab membantu mereka yang terkesan dengan memberikan perkhidmatan cucian kenderaan percuma," katanya.


Jelas beliau, pada masa ini pihak bengkel memberi keutamaan kepada kenderaan tempatan Proton dan Perodua yang mengalami kesan teruk akibat banjir.


Selain itu, inisiatif berkenaan diambil bagi memberi peluang kepada pelajar sekolah menambah pendapatan pada musim cuti persekolahan.


"Kita dapat membantu mereka mencari wang tambahan dengan melakukan kerja-kerja cucian ini.


"Besar harapan kami agar dapat membantu lebih ramai lagi mereka yang terkesan dan kami berhasrat untuk mencuci lebih 300 kenderaan yang terkesan akibat banjir sehingga hujung tahun ini," ujarnya.



@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!