Banjir Sri Muda: Satu lagi mayat ditemukan lewat malam Isnin


Banjir Sri Muda: Satu lagi mayat ditemukan lewat malam Isnin

SHAH ALAM: Satu lagi mayat telah ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa banjir di Taman Sri Muda, di sini, malam Isnin.

Mayat tersebut, yang masih belum disahkan identiti dan jantinanya, dibawa menaiki bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kira-kira 11.45 malam Isnin, sebelum dibawa keluar menaiki trak Polis Diraja Malaysia.

Dengan penemuan terbaharu itu, ia menjadikan jumlah mangsa di Taman Sri Muda meningkat kepada lapan, dan 11 secara keseluruhan untuk Selangor.

Setakat ini, Astro AWANI sedang cuba mendapatkan perincian lanjut dari pihak berkuasa.

Dalam pada itu, pemerhatian Astro AWANI mendapati, anggota bomba dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus membawa keluar mangsa yang terperangkap di Taman Sri Muda, sejak tiga hari lepas.

Setakat ini, jumlah mangsa sebenar yang belum dijumpai masih tidak dapat dipastikan dan ini termasuk yang dikhuatiri terkorban akibat lemas.

Keadaan gelap juga sedikit sebanyak menyukarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR), selain kehadiran mereka yang tidak berkenaan di lokasi banjir berkenaan.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!