Lazada 12.12

Warga emas terlantar diusung pergi mengundi


Warga emas terlantar diusung pergi mengundi

"Katil yang diturunkan dari ambulans kemudian ditolak masuk ke pusat mengundi sebelum ke saluran pengundian. Difahamkan Tawab tidak kuat untuk memegang alatan menulis."



JASIN - Seorang warga emas yang terlantar akibat sakit tua tidak melepaskan peluang menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimaudalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu.


Tawab Katab, 84, tiba di Pusat Pembuangan Undi Sekolah Kebangsaan Merlimau, di sini menaiki ambulans pada jam 11 pagi ditemani anaknya, Noor Herda Yanny Tawab, 40.


Katil yang diturunkan dari ambulans kemudian ditolak masuk ke pusat mengundi sebelum ke saluran pengundian. Difahamkan Tawab tidak kuat untuk memegang alatan menulis.


Warga emas itu turut dibantu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)untuk proses mengundi.


Kertas undi berkenaan kemudiannya dimasukkan ke peti undi oleh petugas SPR sambil disaksikan oleh ejen tempat mengundi.


Seramai 14,014 pengundi berdaftar bagi kerusi DUN Merlimau yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!