Pemuda maut, kepala digilis tayar lori, Innalillahiwainnailaihirrojiun


Pemuda maut, kepala digilis tayar lori, Innalillahiwainnailaihirrojiun

Dalam kejadian kira-kira 8.10 malam itu, mangsa, seorang pekerja kilang, Muhammad Dinie Arif Sali, 21, meninggal di lokasi kejadian selepas cedera parah di bahagian kepala akibat digilis tayar lori berkenaan.


TAMPIN: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit nahas dengan lori di Kilometer 0.8, Jalan Tampin-Seremban, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8.10 malam itu, mangsa, seorang pekerja kilang, Muhammad Dinie Arif Sali, 21, meninggal di lokasi kejadian selepas cedera parah di bahagian kepala akibat digilis tayar lori berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab. Wahab berkata, kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu lori jenis Volvo dengan sebuah motosikal jenis Yamaha LC135.

“Berdasarkan siasatan, kemalangan berlaku semasa pemandu lori jenis Volvo dalam perjalanan dari Gemas ke Pelabuhan Klang melalui Jalan Tampin-Seremban, sampai di tempat kejadian tiba-tiba sebuah motosikal telah keluar dari simpang Stesen Minyak Petron dan melanggar tayar bahagian belakang sebelah kiri lori tersebut.

“Akibat kemalangan itu, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Anuwal berkata, mayat dibawa ke Hospital Tampin untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, S. Dullasi Nathan berkata, pihaknya telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.49 malam.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, mangsa telah berada di bawah tayar lori dan anggota bomba telah membantu pihak polis,” katanya.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!