Dalam Kenangan : Pengasas Dnars Skincare, Faziani Rohban meninggal dunia


Mengenang Hartawan Yang Pemurah - 

Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad seorang yang hartawan,dermawan dan sangat low profile. 

Beliau banyak melakukan kerja-kerja amal dan membantu orang-orang susah termasuk pekerja-pekerjanya dan tidak pernah menyombongkan diri dengan orang sekeliling. 

Beliau pernah menceritakan kisah naik turun beliau dalam perniagaan. Waktu awal-awal beliau mulakan perniagaan di sebuah kompleks. Ada yang sokong ada yang cemuh dan yang mengata. Namun beliau berkata suatu hari nanti beliau juga akan berjaya sebaris dengan usahawan-usahawati yang lain.

Berkat doa dan usahawa beliau berjaya dalam perniagaan. Segala impiannya tercapai dan banyak sumbangan beliau kepada masyarakat sama ada kita sedar atau pun tak.


Khabar duka pemergian almarhumah ketika dalam perjalanan memberi bantuan kepada sekolah tahfiz...

Laporan kemalangan ini dipetik dari tahun 2019 : 

Pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Thailand pagi ini.


Perkara itu disahkan oleh anaknya, Iqbar Hakim menerusi akaun Instagramnya pagi ini.


Dalam satu video, Iqbar dalam tangisannya meminta agar semua dapat sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ibunya.


Iqbar turut memuat naik gambar yang menyatakan bahawa dia mewakili arwah "Mami" dan meminta ampun atas apa-apa kesilapan.

Katanya, tragedi ini merupakan satu ujian 
berat buatnya, namun perlu kekal tabah untuk ketujuh-tujuh adiknya.

Suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 42, cedera apabila kereta Toyota Estima dinaiki mereka terlibat kemalangan di Pattani kira-kira jam 10.30 pagi tadi.


Wanita berusia 40 tahun yang berasal dari Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan itu popular dengan produk kecantikan terutamanya di Pantai Timur.

Innalillahiwainnailaihirrojiun, Semoga Allah mencucuri rahmat dan rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!