Pelakon veteran Fetty Dzul, 63, meninggal dunia



Pelakon veteran Fetty Dzul, 63, meninggal dunia akibat Covid-19 tahap lima



"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Semoga Allah SWT mengampuni arwah Mamy dan mengurniakan Jannatul Firdaus kepadanya. Aamin!



Kuala Lumpur: Pelakon veteran Fetty Dzul, 63, meninggal dunia akibat Covid-19 tahap lima di Hospital Selayang jam 7.30 pagi, hari ini.


Berita pemergian Fetty atau nama sebenarnya, Fatimah Abd Rahim disampaikan anaknya dikenali sebagai Ijat kepada pelakon veteran, Isma Alif.


Fetty dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan sejak 7 November lalu.


"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Semoga Allah SWT mengampuni arwah Mamy dan mengurniakan Jannatul Firdaus kepadanya. Aamin!



"Terima kasih di atas semua ingatan yang ikhlas dan doa yang baik-baik terhadap arwah Mamy.


"Kami sekeluarga bagi pihak Mamy ingin memohon maaf sekiranya arwah ada salah silap sepanjang perkenalan dengan semua. Minta halalkan makan minum dan perbuatan serta tutur kata arwah Mamy Fetty Dzul. Dia sayang semua orang!," kata anaknya menerusi mesej kepada Isma Alif.


Keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot sejak malam tadi apabila buah pinggang dan paru-parunya gagal berfungsi.


Keluarganya turut mengadakan majlis bacaan Yasin malam tadi yang disertai rakan-rakan penggiat seni. Allahyarham begitu laris membintangi pelbagai drama dan wajahnya sering menghiasi akhbar dan majalah pada era 1970-an dan 1980-an.


Fetty dikenali peminat kerana sering tampil dengan watak jahat dalam drama dan filem.


Selain pelbagai drama dan telefilem, Fetty turut berlakon dalam filem Boss, Pontianak Bidan Gayah dan Hantu Bungkus Lawan Pontianak.


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Shopee Affiliates

Gambir Sarawak 100% Herba Asli

1x Sapu, Hentam Sampai Banjir

(7k Terjual)


Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(143k Terjual)




Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Baca juga : Cara Buat Duit Dengan Shopee Affiliate, Jimat Tanpa Modal