Dah langgar kereta orang terus ‘cabut’


Dah langgar kereta orang terus ‘cabut’


PETALING JAYA – Sudahlah melanggar kereta orang, boleh pula dia (pemandu) melarikan diri.


Itu antara reaksi pengguna laman sosial selepas menonton klip video papan pemuka sebuah kenderaan yang memaparkan kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Toyota dengan sebuah Perodua Alza.


Menerusi klip video berdurasi satu minit 19 saat itu, kelihatan kereta Toyota tersebut berada di laluan bertentangan sebelum menghimpit kenderaan lain untuk memasuki laluan kiri.


Bagaimanapun, semasa ‘menerjah’ ke laluan kiri, kereta Toyota tersebut telah melanggar belakang Perodua Alza sehingga pemandu kereta terbabit turun untuk melihat keadaan keretanya.


Namun, pemandu kereta Toyota tersebut terus memecut kenderaannya meninggalkan pemandu Alza yang masih berada di tengah-tengah jalan raya.


Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Persiaran Bukit Jambul, Pulau Pinang dan kejadian itu dirakam sekitar pukul 8.40 pagi semalam.


Susulan perkongsian rata-rata pengguna menyelar tindakan tidak bertanggungjawab pemandu kereta terbabit yang terus melarikan diri selepas kejadian.


“Biadap dan kurang ajar, dah langgar lari macam tu je, elok pemandu Alza buat laporan polis segera,” tulis Kang Balik Pulau.


Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Amin Kasut.


“Biasa jenis melarikan diri ni, sama ada tiada lesen, bawa benda haram ataupun penjenayah, nombor pendaftaran ada buat laporan polis segera,” katanya.


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!