VIDEO - Wanita maut tercampak keluar dari kereta


Wanita maut tercampak keluar dari kereta

"Seorang wanita terbunuh akibat kecederaan parah selepas dipercayai tercampak keluar dari keretanya yang terbabas "

BAU: Seorang wanita terbunuh akibat kecederaan parah selepas dipercayai tercampak keluar dari keretanya yang terbabas di Kilometer 10.5 Jalan Bau-Kuching, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkusaan Trafik (JSPT) Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata mangsa Casandra Suzi Robert Kip, 22, berasal dari Kampung Suba Bandar, Jalan Bau-Lundu.

Menurutnya, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 10.15 pagi ini.

"Kemalangan berlaku dipercayai semasa mangsa dari arah Kuching iaitu dalam perjalanan pulang kerja telah terbabas ke kiri bahu jalan.

"Kereta mangsa terbalik dan mangsa dipercayai tercampak keluar, di mana mayat mangsa dijumpai di tepi parit di tempat kejadian," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.




Tambahnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh anggota paramedik dari Hospital Bau.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Bau untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan(APJ) 1987.


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!