MALAYSIA HARI INI

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

VIDEO - Minta duit tak bagi, penganggur tergamak bakar rumah saudaranya sendiri

Minta duit tak bagi, penganggur tergamak bakar rumah saudaranya sendiri

"Suspek telah membuat ugutan terhadap ibu mangsa mengatakan akan membakar rumah jika tidak diberi wang sebelum beredar," katanya

KLANG - Seorang penganggur tergamak membakar rumah milik saudaranya selepas permintaannya untuk mendapatkan wang ditolak dalam kejadian di Bukit Kapar, di sini pada petang Isnin.


Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Vijaya Rao Samachulu berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran sekitar jam 3.30 petang itu.


"Sebelum kejadian berlaku, suspek yang tinggal bersebelahan rumah mangsa telah berjumpa dengan ibu mangsa tidak jauh dari tempat kejadian untuk meminta wang tetapi gagal.


"Suspek telah membuat ugutan terhadap ibu mangsa mengatakan akan membakar rumah jika tidak diberi wang sebelum beredar," katanya dalam kenyataan pada Selasa.


Vijaya Rao berkata, sewaktu kejadian, tiada penghuni di rumah tersebut dan mangsa yang merupakan seorang wanita tempatan berusia 37 tahun berada di tempat kerja.


"Mangsa menerima maklumat berkenaan rumahnya yang terbakar. Mangsa dari tempat kerja bergegas pulang dan mendapati api sedang marak dan pihak bomba sedang berusaha memadamkan api," katanya.





Menurutnya, suspek seorang lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30-an baru sahaja dibebaskan dari penjara atas kesalahan dadah.


"Suspek telah ditangkap pada hari kejadian sekitar jam 6 petang. Suspek direman selama empat hari bermula Isnin hingga Jumaat dan kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan," jelasnya.



Menarik Di Telegram


JANGAN LUPA SHARE ARTIKEL INI KEPADA KELUARGA DAN RAKAN ANDA! SUPAYA MEREKA JUGA TAHU APA YANG ANDA TAHU



LAZADA 10.10

LAZADA 10.10 Tenaga Sale!

Super Shopping Day! 30% Cashback!