Tiga kanak-kanak maut ditemukan lemas


Tiga kanak-kanak maut ditemukan lemas

" Mayat dua beradik, Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9, dan Muhammad Aryan Faheem, 7, ditemukan penduduk kampung yang melakukan pencarian, jam 2.30 pagi.

"Mayat sepupunya, Nurulhasha Humaira Che Mohd Humaizi, 11, ditemukan di permukaan air kira-kira jam 8.15 pagi."

Setiu: Pencarian tiga kanak-kanak yang dilaporkan hilang di muara sungai Kampung Mangkuk, di sini berakhir apabila ketiga-tiga mereka ditemukan lemas, pagi ini.

Mayat dua beradik, Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9, dan Muhammad Aryan Faheem, 7, ditemukan penduduk kampung yang melakukan pencarian, jam 2.30 pagi.

Mayat sepupunya, Nurulhasha Humaira Che Mohd Humaizi, 11, ditemukan di permukaan air kira-kira jam 8.15 pagi.

Sepupu mangsa, Nur Ilyasa Sofiea Mohd Hasry, 19, berkata, mayat ketiga-tiga sepupunya ditemui penduduk dan anggota penyelamat tidak jauh dari lokasi kejadian.

"Saya bersyukur kerana semua mereka ditemui dalam masa yang singkat. Amni ditemui kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian, manakala adiknya, Aryan dikatakan ditemui pada jarak 1.5 kilometer.

"Nurulhasha ditemui terapung kira-kira enam meter daripada lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Berikutan penemuan itu, dia mewakili ahli keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terbabit dalam operasi mencari tiga sepupunya itu.

Semalam, mangsa dilaporkan lemas selepas dihanyutkan arus ketika bermain air sambil mencari kepah di beting pasir berhampiran muara sungai kira-kira 50 meter dari tebing, jam 5.30 petang.

Mangsa bersama ahli keluarganya dikatakan ke lokasi berkenaan untuk berkelah sambil memancing di kawasan berkenaan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!