Terpaksa naik bumbung kereta


Terpaksa naik bumbung kereta

"Dua individu lelaki terpaksa naik ke bumbung kereta selepas kenderaan dinaiki mereka terperangkap di dalam banjir kilat "




Melaka: Dua individu lelaki terpaksa naik ke bumbung kereta selepas kenderaan dinaiki mereka terperangkap di dalam banjir kilat di Jalan Jasin-Melaka, berhampiran Kg Asam Kumbang, di sini, hari ini.

Hujan lebat berterusan lebih empat jam itu juga menyebabkan beberapa kawasan di Ayer Keroh, Bukit Beruang, Batu Berendam, Merlimau dan Jasin dinaiki air.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka dalam kenyataannya berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil, digerakkan ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa yang terkandas.

Menurut kenyataan itu, selain pasukan penyelamat, pasukan pemantauan banjir turut digerakkan bagi memantau paras air.

"JPBM Melaka menerima panggilan kecemasan pada 3.48 petang mengatakan ada mangsa yang terperangkap.

"Kedua-dua mangsa ini bertindak keluar dan berdiri di atas kereta sementara menunggu bantuan tiba," katanya.
- HM

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!