Suami hadiahkan istri 60kg emas


Suami hadiahkan 60kg emas kepada istrinya


"Pengantin wanita itu diberikan rantai leher seberat 60kg serta dua gelang besar sebagai hadiah daripada suaminya yang berasal daripada keluarga berada."


Beijing: Seorang pengantin wanita di Tiongkok, China menjadi perhatian dunia apabila memakai barangan kemas lebih 60 kilogram (kg).


Video perkahwinan dipercayai berlangsung di Tianmen, Hubei, 30 September lalu tular dan heboh di media sosial.


Menerusi beberapa keping gambar yang tersebar, pengantin wanita yang mengenakan gaun putih kelihatan tidak selesa dengan perhiasan barangan kemas berat yang dipakai pada tangan dan lehernya.


Keadaan itu menyebabkan dia sukar bergerak dan perlu dibantu pengantin lelaki untuk berjalan di depan tetamu.


Memetik portal Saostar.vn, pengantin wanita itu diberikan rantai leher seberat 60kg serta dua gelang besar sebagai hadiah daripada suaminya yang berasal daripada keluarga berada.


Ramai orang menganggap barangan kemas itu digunakan pengantin terbabit sebagai perhiasan ketika hari bahagianya namun ada juga tetamu yang berasa kasihan melihat kesulitannya untuk bergerak.


"Saya baik-baik sahaja," kata pengantin itu sambil tersenyum untuk meneruskan upacara perkahwinan selepas ditawarkan bantuan daripada seorang tetamu.




@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!