Kediaman ahli MCA disimbah cat merah


Kediaman ahli MCA disimbah cat

“Antara yang disimbah dengan cat merah termasuklah dua buah kereta dan pagar kediaman berkenaan serta ditinggalkan satu nota ugutan"


KULAI – Kediaman Timbalan Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Malaysia, Chua Jian Boon disimbah cat oleh individu tidak dikenali dalam satu kejadian semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 11.15 malam.


Katanya, kediaman yang menjadi sasaran itu beralamat di Jalan Sri Putri 1/8, Taman Putri Kulai.


“Antara yang disimbah dengan cat merah termasuklah dua buah kereta dan pagar kediaman berkenaan.


“Turut ditinggalkan sekeping nota ugutan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Tambah beliau, satu pasukan siasatan telah ditubuhkan untuk mengenal pasti suspek yang terlibat dalam perbuatan tersebut.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!