Jurutera mabuk pandu lawan arus ditahan

Jurutera mabuk pandu lawan arus ditahan

"Polis menahan jurutera yang memandu secara melawan arus hingga menyebabkan kemalangan dengan dua kereta dan menyebabkan seorang mangsa parah "


Port Dickson: Polis menahan jurutera yang memandu secara melawan arus hingga menyebabkan kemalangan dengan dua kereta dan menyebabkan seorang mangsa parah di Kilometer 26 Lebuhraya Seremban-Port Dickson di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, hasil ujian dilakukan di Balai Polis Trafik Port Dickson mendapati lelaki berusia 29 tahun berada di bawah pengaruh alkohol.

Katanya, kemalangan jam 2.45 pagi itu dipercayai berlaku apabila pacuan empat roda jenis Ford Ranger dipandu suspek secara melawan arus, merempuh Proton Saga dan Toyota Vios dari arah Seremban.

"Pelanggaran menyebabkan pemandu Proton Saga berusia 31 tahun patah paha kanan, namun suspek dan pemandu Toyota Vios berusia 24 tahun bersama dua penumpang berumur 23 serta 25 tahun tidak cedera.

"Mangsa cedera dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban untuk permohonan reman dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (pindaan 2020) dan Seksyen 42 (1) akta sama.

@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!