Caprice masuk hospital dikatakan serangan jantung, sukar bercakap


Caprice masuk hospital dikatakan serangan jantung, sukar bercakap


"Agak lama juga, separuh daripada badan saya seperti terkena serangan angin ahmar dan jantung. Saya jadi panik, Saya sedar saya tak boleh bercakap dengan betul dan ia sangat menakutkan. "



Kuala Lumpur: Penyanyi rap sensasi, Caprice berdepan detik cemas apabila tiba-tiba sukar untuk bercakap seakan-akan mengalami serangan jantung dan separuh badannya seperti diserang angin ahmar, kira-kira jam 8 pagi, hari ini.



Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 33, yang kini dirawat di pusat perubatan di sini, berkata, kesakitan yang dialami berbeza dengan pengalamannya sebelum ini.



"Saya bangun pagi tadi secara tiba-tiba sakit dada. Sakit yang berbeza ketika saya kena di Jordan dan Kuala Lumpur sebelum ini.



"Agak lama juga, separuh daripada badan saya seperti terkena serangan angin ahmar dan jantung. Saya jadi panik dan terus menghubungi ambulans.




"Saya sedar saya tak boleh bercakap dengan betul dan ia sangat menakutkan. Alhamdulillah, mereka sampai tepat pada waktunya," katanya.




Menurut Caprice, pengalaman panik dan menaiki ambulans itu adalah sesuatu yang baru buat dirinya. Malah, dia juga belum pernah menghadapi sakit begitu sebelum ini.




Caprice baru saja pulang ke Malaysia selepas lebih dua bulan berada di Mesir dan Jordan untuk misi bantuan.


Menerusi hasil ujian darah, doktor memaklumkan penyanyi rap itu mengalami masalah hipertiroid.



"Hasil ujian darah doktor sahkan saya mempunyai penyakit hipertiroid. Patutlah selama ini susah nak tidur, 'anxienty' dan sesak nafas.



"Saya tak boleh lama berada di sini (hospital). Terlalu banyak kerja. Harap saya tak lama dekat sini," katanya.


@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!