Bayi lelaki ditemui dalam tong sampah


Bayi lelaki ditemui dalam tong sampah

"Seorang bayi lelaki masih bernyawa ditemui dalam tong sampah berhampiran sebuah pasar raya"

KOTA KINABALU – Seorang bayi lelaki masih bernyawa ditemui dalam tong sampah berhampiran sebuah pasar raya di Taman Indah Permai, Manggatal sebentar tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 7 malam itu, bayi cukup sifat berkenaan dipercayai baru sahaja dilahirkan sebelum dibuang di lokasi terbabit.

Bagaimanapun, bayi malang itu ditemui seorang lelaki yang secara kebetulan melalui kawasan pembuangan sampah berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati seorang lelaki yang enggan dikenali mendakwa pada mulanya terdengar bunyi rengekan yang disangka kucing namun apabila semakin menghampiri kawasan pembuangan sampah terbabit, bunyi berkenaan semakin kuat sehingga membuatkannya mencari punca bunyi yang didengarnya.


“Lelaki berkenaan terkejut apabila bunyi yang didengarnya adalah dari seorang bayi dan terus menghubungi talian kecemasan 999 untuk memaklumkan kejadian.

“Polis yang tiba di lokasi kejadian terus menjalankan siasatan dan bayi terbabit diserahkan kepada pasukan ambulans untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Mengulas lanjut, George menyatakan bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) untuk pemeriksaan dan rawatan.


“Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan suspek yang terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi. 








@liputan_7

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!